Tak Baik.. Dosa tau!

Perhatian kepada Pembeli

KLIK SINI UNTUK SENARAI PRODUK DI CAH CANTEK
Sebarang Pertanyaan boleh dibuat melalui Call/ SMS ke 016-8165300 atau melalui email cah.cantek@gmail.com

23 Julai 2012

Alhamdulillah.. =)

Alhamdulillah masih diberi kesempatan bertemu hari ke-3 dalam bulan Ramadan. Walaupun diari cah sangat2 bz. Namun itu tidak menghalang cah untuk membuat perkara2 yang cah suka.. Kadang2 diari bz ini yang akan meletihkan kita bukan? =) Mungkin ramai yang menyangka.. Alah!! Kalau sekadar surirumah tangga apa lah yang nak diletihkan sangat! Hehehe.. Kalo anda berfikiran begitu.. Anda silap! Sebagai seorang surirumah tangga lah anda mempunyai diari yang bz jika ditambah dengan kerenah anak2 yang ramai.. Lebih2 lagi kerenah masing2 adalah berbeza.. Opppsss!! Terlebih sudah.. Maaf kalian semua.. Cah masih lagi single mingle anak dara lagi.. Haaaa??? Anak dara?? Lagi la tak bz! Apa la yang disibukkan sangat awak tu cah!! Anak dara! Tiada komitmen.. Hidup senang berlenggang.. Balikrumahmak sudah sediakan makanan.. Tidak perlu susah payah.. 

Anda yang berfikiran begitu, silap sekali lagi..Hehehehe.. ini kerana Cah tak tinggal dengan family..Cah duduk diperantauan. Tinggal bersendirian. Diari harian Cah sebenarnya sangat2 pack! Haaa??? Pack?? Kenapa?? Bukan ke Cah masih single? Takde komitmen?? Ya.. Cah memang single. Tinggal bersendirian pula.. Namun Cah merupakan seorang pelajar separuh masa di UTM... Dalam masa yang sama Cah bekerja dan Cah mempunyai 13 ekor kucing yang Cah perlu uruskan makan minum dan keselesaannya sepanjang hari.. See?? Cah juga ada komitmen yer.. =) Mesti ade yang berkata.. Alaaaaaaa.. Setakat kucing je pun.. Tak susah mana.. =) Tak susah ek? Mari kita lihat rutin harian Cah.. 

Rutin harian Cah akan bermula seawal 5 @ 5.30 pagi... Perkara pertama yang Cah akan buat setelah bangun ialah menjenguk bilik anak2 (kucing2 Cah) untuk Cah bersihkan sangkar, kaut najis, mop lantai bilik dan sediakan makan dan minum untuk 13 ekor kucing Cah, kalo sempat, Belek la sekor2 nyer muka.. Kucing pun perlu kasih sayangyer.. =)  Biasanyer semua tu Cah akan ambil masa dalam 1 jam untuk Cah selesaikan semua... Selepas itu barulah Cah akan bersiap membuat apa yang perlu bagi diri Cah pula. Mandi, Solat dan bersiap ke tempat kerja. 8 pagi hingga ke 5 petang Cah akan berada di  pejabat. Balik sahaja dari pejabat, perkara pertamayang Cah akan buat sesudah sampai dirumah ialah menjenguk anak2(kucing2 Cah)..=) Melepaskan mereka di dalam rumah untuk mereka bermain dan membuat perkara yang disukai oleh sesetengah anak berbulu Cah ialah duduk diruang tamu sambil bergusti sesama mereka.Sementara Cah pula mengemas bilik kucing2 cah dan sediakan makan dan minum kucing2 cah. Setelah selesai barula Cah bersiap untuk masak makanan Cah.Hehehhe.. Cah sebenarnya lebih suka masak dirumah daripada beli diluar.. Walaupun hanya masakan simple.. Takpela.. Asalkan kenyang.. =)

Selepas tu barulah Cah bersihkan diri, solat maghrib dan makan. Hehehehe.. Selepas maghrib cah akan duduk sebentar dengan kucing2 cah.. Kucing2 juga perlukan perhatian dan belaian yer.. Mereka juga makhluk ALLAH... Biasanya Cah ambil masa 2 jam untuk membelek kucing2 Cah.. Selepas jam 10 Cah akan masukkan kucing2 Cah semula ke dalam bilik. Kemudian Cah akan mop lantai keseluruhan rumah.. Maklum la.. Rumah Cah ni adik beradik, adik sepupu dan mak ayah Cah rajin datang. Ade tu yang alergik bulu kucing. So.. Kene sentiasa mop rumah, selalunya lepas masukkan kucing2 dalam bilik, terus mop lantai. Lepas selesai semua tu la, baru Cah mengulangkaji dan buat persiapan untuk Assignment ataulaporan sebagainya. Tapi kalo assignment Cah terlalu banyak. Cah akan masukkan kucing2 Cah ke bilik seawal jam 8. Paling awal Cah akan tido pun pada jam 11.30 malam dan akan bangun semulapada jam 2 pagi untuk menyambung siapkan assignment. Tapi kadang2 demi untuk menyiapkan laporan atau assignment, Cah perlu bersengkang mata sampaikan tak tido 36jam!! itu rekodyang Cah pernah buat..Hehehe.. Ok.. Itu jadual hari Isnin - Jumaat. Jika hari sabtu pula, hari dimana Cah perlu ke kelas untuk pengajian Cah. Sekali lagi.. Hari yang sangat sibuk.. Tiada istilah bersenang lenang bagi Cah buat masa ini. Alhamdulillah Cah dapat melakukan semua itu tanpa rasa terbeban dan letih.. Nak tau ape rahsia Cah??

Dulu memang Cah kelihatan agak kurang bermaya, namun Alhamdulillah setelah mengamalkan Set Anggun Wanita Cah dah tak rasa kurang bermaya lagi.. Walaupun tido tak cukup, tapi still leh maintain senyum.. =) Banyak perubahan yang berlaku.. Alhamdulillah Cah dipertemukan dengan Set Wanita Anggun ini.. Banyak khasiat yang Cah perolehi dengan mengamalkan set ini.. Stress dan migrain sudah kurang menjenguk lagi! Disamping jerawat dimuka yang dah jarang sangat menjenguk. Kalo ade pun seketul je.. Itu pun time bendera Jepun naik.. Muka pun dah tak kusam Heheheh.. Semoga Cah dapat menjalankan ibadah dengan sempurna sepanjang bulan puasa ini.. 

Nak Set Wanita Anggun? Just Call / sms je Cah 019-6354918 atau email ke esah8107@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan